ASSALAMUALAIKUM
hah bagi salam dulu hehe..ah jawab jawab tak jawab dosa..korang ada x kawan2 lelaki yang mulutnya laser lebih dr kawan2 perempuan...?
aku ada wei..(hahaha...aku jahat kan?)
bukanlah nak mengutuk tapi mula2 aku x sangka mulut dia macam tu..
nama dia xley sebut kat sini sbb dia ni antara kawan rapat aku gak hehe(dulu la)..masa sekolah dulu dia ni mulut memg boleh tahan sampai bergaduh gan cikgu perempuan haha..masa tu aku tak rapat sgt gan dia..
kenapa aku cakap macam ni...sebabnya kalau dia jumpa aku mesti dia
buruk-burukkan orang lain,dan kebetulan orang yang dia buruk2kan tu pon
aku kurang berkenan sikap dia..cumanya aku ni baik sikit mulut taklah dasyat sgt hehehee..
Aku bukanlah sempurna sangat nak ada perasaan tak suka kat orang
lain,sebabnya kalau kita benci kat sorang tu,belum tentu ramai orang
suka kita dan mesti lebih dari seorang yang benci kat kita..(korang
paham x ?)
berbalik pada kawan lelaki aku yang mulut lebih puaka
dari aku nih,tiap kali jumpa mesti ada je benda buruk pasal kawan tuh
yang dia sok sek kat aku,kadang2 aku diam je dengarkan,kadang2 kalau aku
sakit hati dengan kawan tu aku bebel2 sama gak r.Tapi x da lah tiap
kali jumpa aku akan sama2 mengumpat ngan dia...sesekali kalau kawan tu
cari pasal ngan aku je.
mula2 aku hampir2 benci kat kawan tuh,tapi bila fikir2 balik knapa
nak benci dia plak...memang lah perangai dia agak menjelikkan tapi x
bermaksud hati dia busuk atau dia menyusahkan hidup aku (pernah lah
sekali dua dia susahkan aku, tapi x beri kesan pon dalam hidup
aku),sebabnya aku pon bukanlah sempurna sangat.Perasaan aku yang paling
keji ialah aku pandang rendah pada kawan tu,walaupun dia muda dari
aku,bergaji rendah dari aku dan belajar tak setinggi aku,sekurang2nya
dia bahagia dengan hidup dia.Astaghfirullahhalazim...hampir2 aku
tersasar jauh kan?
nasiblah aku ada seorang kawan sebagai
pendengar setia,dia slalu nasihatkan aku,abaikan je hal2 dunia
ni.Pentingkan masa depan aku....kalau aku turutkan hati dan termakan
kata2 kawan lelaki yang bermulut laser tu,mesti aku dah benci kawan aku
tuh.Nasiblah aku cepat tersedar,cuba menerima orang lain kan adalah
lebih baik dari kita terus buat anggapan yang bukan2.
En.Bf slalu pesan dengan aku,orang yang baik dengan kita ni boleh jadi
musuh dalam sekelip mata,lebih menyakitkan dari bisa dan lebih tajam
dari pisau.
Lama2 aku perhati kawan lelaki yang mulut laser
ni,hidup dia x lah sesenang mana pon berbanding dengan kawan yang slalu
diburuk2kan tu,dia slalu mengeluh tak da duit,tapi kawan yang
diburuk2kan tu aku tengok semakin bahagia hidup dia walaupon x
mewah.Rezeki dia sentiasa ada.
Aku mula tarik diri sikit2 dari
kawan lelaki mulut laser nih,bahaya juga ada kawan macam ni dosa aku
makin bertambah2 plak,aku lebih suka buat hal sendiri.Kalau dia masih
cakap pasal kawan tuh,aku cuma senyum je.Lagi satu si mulut laser ni x
boleh kena tegur dengan orang lain pasal kesilapan dia,hari tu aku baru
sedar...hati dia ada berbau hasad dengki,...knapa ye?sangat2 ada bau
busuklah hati dia,aku betul2 x sangka.orang yang mesra dengan kita,yang
konon macam baik dan peramah rupa2nya mulut dan hati dia kurang elok.
Ramai
kawan2 yang sentiasa berpihak pada si mulut laser ni,aku pon x tau aura
apa yang mamat ni pakai..Mereka termakan hasutan kah?
entahlah aku malas nak fikir banyak wat sakit otak je wat pe.
erm..semoga Allah tunjukkan kebenaran dalam beberapa hal yang telah mendatangkan ketidaksenangan dalam hati kami.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan