Dalam banyak-banyak buah, saya rasa
ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang
sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah
dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti
niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pasa
asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang
pelbagai. Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap
kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan
vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa:
- Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
- Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
- Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
- Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
- Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
- Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
Tips penting:
Kulit buah oren yang
bewarna putih sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak
berbanding isi buah oren itu sendiri. Jika anda ingin menikmati buah
oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama
isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi kesihatan anda juga.
1 ulasan:
Titanium teeth dog - Tioga Springs
Virtue womens titanium wedding bands & Bracelet · Powder & 2018 ford fusion energi titanium Chili · Powder & Chili · Cowder ecm titanium & trekz titanium pairing Chili titanium razor
Catat Ulasan